Friday, September 30, 2011

Usrah cum Mini Open House II 2011

Salam..

dah seminggu tak update blog, alsan biasa...bizi..hihi. Tak leh nak nulih lama2 ni coz banyak benda nak kena buat..cuma nak share bout usrah cum mini open house last friday... de menus were mee kari kerang(aBah request), sherperd's pie (again!), rich cocoa pudding with custard sauce and chocolate cake...

Mee Kari Kerang
Sumber: Potret Kasih (uMMi cnp ye..tqvm for the recipe yg sgt2 sedap)

Bahan-bahan:
1 kg mee kuning (celur dan toskan)
Taugeh
Bawang goreng
Bahan Hiris atau dipotong
Tauhu (digoreng)
Daun bawang & daun sup
Cili merah
Telur Rebus
Limau kasturi/limau nipis

Bahan Kuah:
1 kg kerang atau lebih ( lebih banyak kerang lebih sedap )
1 paket chicken ball
1 paket fish cake (potong nipis)
2 sudu besar cili kisar – ( saya ganti ngan 2 sudu makan serbuk cili kmd di campur dgn serbuk kari )
3 sudu besar rempah kari dibancuh dgn sedikit air
1/2 -1 cawan udang hidup kisar
2 cawan stok udang ( kepala dan kulit udang di tumbuk dan ambil airnya )
5 cawan santan..(1 biji kelapa)
2 keping asam gelugur ( ikut saiz )
minyak
garam

Bahan kisar
2 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih

1 labu bawang besar

1/2 cawan udang kering ( di rendam )



Cara Penyediaan Kuah



1. Tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi dan garing. Masukkan rempah..biarkan naik minyak.

2. Masukkan kerang.. fish cake, udang kisar dan fish ball, stok udang dan santan..renehkan sehingga naik minyak.

3. Kacau selalu dan dan sesuaikan rasa.

4. Hidangkan bersama mee yang telah dicelur dan bahan yang dihiris tadi.

Sunday, September 18, 2011

Instant Tiramisu

Salam...

Hari ni uMMi nak share 1 resepi yg ringkas, senang dibuat yet so yummy...permintaan drp Kak Ja, anak sedara uMMi yg keje kt Kuantan tp hubbynye dok kl, to be exact Kota Damansara... weekend hr tu uMMi sefamily, Abe Yie (abang uMMi yg dok kt Pasir Gudang) n family, McLong (kakak sulung uMMi ~ emak Kak Ja) n family (except Bad n Arif) turun ke kl, umah Kak Ja ni lah... uMMi bawakan Kak Ja tiramisu nilah..Kak Ja dok teringat2 akan kesedapan tiramisu ini masa dia berkunjung ke rumah uMMi tempohari... So, pagi Jumaat sebelum bertolak tu, uMMi godek2la dapur kejap menyediakannya.. tiramisu ni uMMi dah buat berkali2 n uMMi ambik resepi yg simple tp sedap ini dr rumah Kak Umi Kuantan, seprang ibu berkerjaya tapi selalu memasak, menyediakan resepi enak2 buat keluarganya...

Sebelum uMMi melalut panjang2 lagi, jom kita semak resepinya...

Tiramisu Segera
(Sumber: Kak Umi Home Sweet Home)

Bahan-bahan:
1 biji swiss roll perisa kopi
250 g cream cheese (uMMi guna brand Kraf)
1/2 cawan yogurt perisa asli (1 bekas 150 ml)
1/2 cawan gula kastor
1 camt serbuk jeli (uMMi guna Konyaku Jelly)
1/4 cawan air panas
1/2 cawan air dibancuh dengan 1 camb nescafe

Cara-cara:
1. Putar gula, keju dan yogurt sehingga gebu dan sebati.
2. Larutkan serbuk jeli dengan air panas dan tuangkan ke dalam bancuhan keju. Kacau sebati.
3. Potong swiss roll dan letak di dalam bekas (seelok2nya bekas kaca agar kita boleh nampak lapisannya)
4. Renjiskan dengan air nescafe sehingga membasahi kek tersebut
5. Sapu bancuhan keju yang telah siap ke atas lapisan swiss roll tadi.
6. Ulang proses (3) - (5).
7. Ayakkan serbuk koko di atas lapisan keju. Sejukkan sebelum dihidangkan.

Wednesday, September 14, 2011

Ayat-ayat Cinta

Selamat bersiaran..

Kali ni uMMi nak share sebuah novel yg sememangnya menjadi all time favourite uMMi buat masa ni.... Semuanya secukup rasa, olahan cerita, garapan bahasa, dan novel ini jugalah merupakan novel pertama yang menjadi koleksi peribadi uMMi... Macamana uMMi boleh membeli novel ini? Kerna ada sorang ofismate yg sememangnya hantu novel strongly suggest uMMi to buy the book..worth it!

Jamuan Raya Seksyen Silika

Alhamdulillah... dapat uMMi bersiaran sekali lagi... wlupun kepenatan menyediakan juadah untuk jamuan raya seksyen uMMi ni... semalam balik kerja, plan nak siapkan sumer masakan awal2, tak nak kelam kelibut macam masak untuk jamuan raya kelas k.Yong n k.Ngah hari tu...

Ok, uMMi menyumbangkan 3 juadah, ketupat segera, rendang daging, puding keju lapis oreo dan kuih-muih raya... Untuk puding keju, dah lama uMMi berkenankan resepi ni..masa mula2 nengok kt umah AlongRoz, tangguh punya tangguh dah tak tertangguh bila nengok kt umah Kak Ita apabila tepek puding ngan oreo... TQVM to this 2 beautiful ladies, Kak Ita n AlongRoz for sharing the yummy, supermoist pudding recipe...

To start the game, balik jer ofis petang tu, terus uMMi bersilat kt dapur menyediakan rendang daging...right b4 azan Maghrib, siap! Sib baek uMMi dah masak siap2 lauk for buka puasa tengahari tu... Tup2 masa tu, k.Dah sms tanya nk pi ngaji dak mlm ni...tiba2 zupp uMMi rasa mcm nak pi la (sblm ni plan x nak gi coz nk masak sumer mende2 ni).. After Isyak, gi ngaji..Balik kol 11, baby Durrah pulak bangun nak neng-neng.. Last2 kol 12 br start memuding, pah tu barulah merebus ketupat sambil basuh apa2 yg patut... X sempat nk buat kek sebijik, mata dh x leh bukak, kol 2 terus zzzzz..... Bgn pg ni barulah celup coklat sekut snow almond..pssst nampak cam boss uMMi suka ngan sekut ni, nengok dok ulang2 jer makan...

Lain-lain menu, ketupat pulut, sambal kacang, nasi tomato, ayam masak merah, bingka roti, jelatah, kuih-muih...Klah, uMMi tepek d recipes for future reference...

Rendang Daging
(Sumber: Resepi warisan keluarga)

Bahan-bahan:
1 kg daging
250 ml santan pekat (RM2)
100 g kerisek (RM1)
3 helai daun kunyit - dihiris halus
3 helai daun limau purut - dihiris halus
1 batang serai - dititik
1 keping gula manisan siam
1 ketul kiub daging
garam dan air asam jawa secukup rasa

Bahan dikisar:
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
10 batang serai
2 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
10 tangkai cili kering

1. Daging dibersihkan dan potong kecil. Basuh dan toskan. Masukkan ke dalam kuali bersama-sama dengan bahan kisar dan 2 liter air. Rebus dengan api sederhana sehingga air tersebut hampir kering.
2. Masukkan santan. Masak dengan api sederhana sehingga daging betul-betul lembut dan kuahnya pekat. Masukkan kiub daging dan serai yang dititik.

3. Perasakan dengan gula manisan, garam dan air asam jawa.
4. Bila kuahnya pekat, taburkan daun limau perut dan daun kunyit yg dihiris dan kacau sehingga semua bahan sekata. Angkat dan hidangkan.

Puding Keju Lapisan Oreo
(Sumber: Kak Ita Masam Manis)

Bahan-bahan:
13g Serbuk Agar-Agar
1 liter Air
120g Gula
3 biji Telur
150g Biskut kraker jenama Kraf - dikisar halus
1 camb Tepung kastad
400 ml Susu cair
200g Susu pekat
50g Mentega
1 bungkus biskut oreo - dibuang krim

Cara-cara
1. Masak serbuk agar2 dgn air sehingga hancur. Kacau selalu.
2. Masukkan gula & kacau sehingga sebati.
3. Pukul telur sehingga rata. Blend basah campuran telur, biskut dan tepung kastard. dan campurkan biskut dan tpg kastad. Campurkan susu dan kacau sebati.
4. Tuangkan ke dlm adunan agar2 tadi dan tutup api apabila mendidih.
5. Masukkan mentega sehingga sebati.
6. Tuang ke dlm loyang atau acuan dan lapiskan dengan sekeping biskut oreo. Biarkan sejuk pada suhu bilik.

Nota: Apa yang uMMi buat ialah uMMi doublekan the recipe menggunakan sepeket (25 g) serbuk agar-agar.

Monday, September 12, 2011

Salju Sakinah

Assalamualaikum...

Other than cooking, I'm also like to read novels. So, in this simple yet beautiful blog of mine, I wanna share the novels that've read.. For the 1st novel to be reviewed here ia Salju Sakinah... uMMi pinjam novel ni dr Perpustakaan Desa Tambun.

Novel islami karya Zaid Akhtar ini mengisahkan suka duka kehidupan seorang gadis yang bernama Sumayyah semasa menggalas tanggungjawab sebagai pelajar di Universiti Yarmouk, Jordan. Sebahagian besar novel ini juga berkisahkan kehidupan Sumayyah di kampungnya dan kisah pahit manis gadis ini dalam usaha dakwahnya kepada penduduk kampung.. di samping itu, tergalas juga beban di bahunya dalam memajukan industri perusahaan kerepek yang telah dimulakan oleh ayahnya....

Nota uMMi:
Novel ini banyak pengajarannya yang boleh para pembaca ambil melalui wataknya, Sumayyah... dan di akhir babak juga, terselit satu kisah yg manis... Nak tau apa dia, hah kenala baca sendiri...

Spaghetti Bolognese

Ini adalah menu utama yang diorder oleh aBah untuk jamuan kelasnya tahun ni...resepi ini uMMi ambik dari myrecipe. TQ to mutiarazura for ur authentic yet superlicious recipe. ...as always, for spaghetti bolognese uMMi stick ngan resepi ni...jez perfect with masam-masam lemak manis taste... resepi di bawah adalah untuk 40-50 orang makan (for my rememberance, klu nak wat utk open house bebila senang, tak yah dok congak2 dah....)


Bahan-bahan:


2 kg spaghetti (4 peket x 500 g)
1600 gram daging lembu cincang (4 peket x 400 g)
800 ml susu
4 labu bawang besar kuning – dicincang halus
4 ulas bawang putih – dicincang halus
1 tin besar tomato puri (uMMi guna jenama Kimball)

1 tin besar sos spaghetti traditional (Kimball)
15 biji tomato segar ranum - didadu
4 batang carrot – didadu kecil
2 batang celery – didadu kecil
2 tin cendawan butang – dihiris

4 kiub stok daging lembu

2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs
1 sudu teh garam

1 sudu makan gula
12 sudu besar minyak zaitun

8 sudu besar mentega


Cara memasak:


1.Sos Bolognese :

Di dalam periuk (uMMi guna dasar periuk kukusan), panaskan minyak zaitun, masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.
2.Masukkan daging cincang. Kacau selalu untuk elakkan daging drp berketul. Goreng hingga daging keperangan.
3.Masukkan semua sayuran - carrot, celery, cendawan. Goreng lagi hingga sayur-sayuran lembut.
4.Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 4 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.
5.Masukkan herba, kiub daging, garam dan gula secukup rasa.

6.Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat. uMMi didihkan selama 2 jam dan sos jadi pekat sedang elok dan menyalut spaghetti dengan cantik sekali.

7. Untuk memasak spaghetti, rebus 4 liter air dalam periuk besar, masukkan 4 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan 3 sudu makan minyak zaitun agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.

Sup Ayam

Hmm sup ayam.. sgt nostalgia uMMi ngan resepi yg 1 ini. Bukan per, inilah menu yg pertama uMMi masak utk aBah setelah uMMi bergelar isteri.. setiap kali masak sup ayam, mesti kenangan manis itu menjelma kembali....dan sekarang ia antara resepi favourite anak2..

uMMi masak sup ayam ni kol 4 pagi... masak pagi2 utk uMMi n aBah sahur.. dan juga utk k.Yong n k.Ngah yg duduk ja kt umah pagi ni...sekolah diorang cuti 2 hr coz peksa UPSR..

K la, uMMi x leh lama2 ni, paper for simposium 2011 uMMi x siap agi.. lusa dh nk kena submit huhuhu...

Sup Ayam

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam, dibuang kulit & dipotong kecil

Sunday, September 11, 2011

Mini Open House 2011

As Salam...

alhamdulillah...di celah-celah kesibukan uMMi (chewah...) ngan writing n jaga baby Durrah yg semakin ligat, sempat juga uMMi wat mini open house...why mini? coz the guests were only 3! They were Ise, CikNi & Suria... Menu pon uMMi wat simple jek... plan asal nk wat soto tapi memikirkan kerenyahannya dengan time uMMi yg limited, uMMi tukar ke laksa kedah..hmmm, nyum2... Actually ngidam pon ada laksa kedah ni coz balek kg ari tu tak sempat nak buat... Time uMMi tulis ni, tiba2 teringat, alamak..lupa lagi nak snap pictures.. Anyway, menu yg simple itu ialah laksa kedah, sherperd's pie, fruit cocktail, kuih raya (siput, karipap mini, cornflakes madu, almond london, snow almond, chocolate chip)...

Laksa Kedah

Bahan :
1 peket laksa kering (direndam sekurang-kurang 2 jam)

Bahan kuah:
1/2 kg ikan selayang (direbus bersama garam dan asam)*
1 labu bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1" belacan*
10 tangkai cili kering*
1 tin kecil sardin (uMMi guna brand ADABI)
3 tangkai bunga kantan
5 tangkai daun kesum
6 keping asam gelugur
Garam secukup rasa

Bahan Ulam:
1 batang mentimun
1 labu bawang besar
1 ikat daun selom
3 biji cili merah
2 biji limau nipis
5 biji telur rebus

Cara-cara:

1. Laksa yang telah direndam direbus sehingga mendidih. Matikan api dan biarkan laksa tersebut terendam dalam air panas seketika sehingga laksa betul2 lembut. Angkat dan sejatkan.

2. Untuk kuah, semua bahan bertanda * dikisar.  Masukkan dalam periuk dan dicampur air secukupnya. Jerang sehingga mendidih dan kecilkan api, biarkan kuah merenih seketika untuk membangkitkan lagi rasa kuah tersebut. Rasa masam dan masin.

3. Untuk memakan laksa, masukkan laksa ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan ulam dan tuangkan kuahnya. pah tu, zupp masuk mulut...walla

Fruit Cocktail

Bahan-bahan:

1 tin fruit cocktail
1 tin peach
1 cawan tepung kastard
2 cawan air (next time uMMi kena buat 3 cawan, baru lembut sikit kastard tu)
1 tin susu sejat Ideal
Ais ketul secukupnya

Cara:

1. Masakkan tepung kastard bersama dengan air dan kacau sentiasa sehingga berkilat. Tuang dalam bekas dan biarkan sejuk. Bila sejuk, potong dadu dan masukkan dalam punch bowl.

2. Tuang semua bahan dalam tin ke dalam punch bowl. Kacau sebati. masukkan ketulan ais dan rasakan. Kalau kurang manis, boleh tambah air gula. Siap! Ringkas dan sedap...

Nota : Untuk hidangan yang lebih ramai, boleh ditambah lagi dengan buah laici, longan, agar-agar plain hijau...

Monday, September 5, 2011

Kisah Raya 1432H

Berlalula sudah Ramadhan..sebulan berpuasa...
Tiba Syawal kita rayakan, dengan rasa gembira...

hmm....1 Syawal dh pn berlalu...uMMi & family alhamdulillah..dh pn slamats smpai di Ipoh ni...dh stat keje 2 hr dh pon.. perjalanan pergi & balik lancar...program beraya pn berjalan lancar... Utk 1st day raya, uMMi sempat masak nasi hujan panas, kuzi ayam, dalca daging*, acar jeruk*, papadom (*yg ni McLong masak). 2nd day raya tu, sumer kuarge the Daud berkumpul for bbq except Arif n wifey & CT's hubby. Menu mlm tu, ayam bakar, sosej n jagung bakar, nasi goreng cina, bihun goreng, keropok... uMMi incharge masak nasi goreng cina jer... depa kt sodap..mmgla sodap klu dpt makan ramai2...

Opps, ada 1,2 perkara yg kureng syok sket...1st, kain baju raya n tudung raya uMMi tertinggal kt ipoh, adoyai...x dop mood nk berayer, seb baik 1 day b4 raya, abah sporting bg permission uMMi beli baju raya yg baru...yeay..yeay.. beli kt peace, tesco kb jer... 1 more, uMMi kena cirit birit masa 3rd-5th raya.. ini gara2 terlior nk makan etok yg dijual d tepi jalan ms on d way balik dr umah abah, tuppat.. beli 3 bukuh, yg beshnyer, abah okeh sjer..dh ler abah akan makan tapai pulut di setiap umah yg menghidangknnya...uMMi mmg x sentuhler tape..takuttt perut berona...

So, for raya dis yr, antara cookies yg uMMi sempat wat:
1.Sekut sarang semut*
2.Sekut Dahlia
3.sekut Arab aka crystal ball*
4.Almond London*
5.Snow Almond*
6.Cornflakes madu
7.Cherry Walnut Chocolate Chip
8.Kuih Siput
9.last but not least, my all time feveret, tart nenas*

*2 adunan

Akhir kalam, uMMi ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Idulfitri 1432H, Mohon Maaf Zahir & Batin atas segala salah silap... semoga allah mempertemukan kita sekali lagi dengan bulan Ramadhan yg penuh barokah di tahun hadapan...insya allah...