Wednesday, October 13, 2010

Mee Kuah

Salam...jez wanna share with all of u guys out there this sempoi but yummilicious recipe...very easy to prepare especially to working mother just like me but wanna serve a healthy yet quick meal for the family..... this recipe actually turun-temurun drp keluarga uMMi gitew...uMMi ingat lagi masa uMMi kecik-kecik, kalau adik-beradik berkumpul or my auntie, allahyarham MOK SOH came to our house, my father, CEK akan belikan bahan-bahan mee ini and my dear mother, MEK akan masakkan mee ini to us...without any delay, here it is...

Bahan-bahan:
500 g mee kuning
5 biji bawang merah } ditumbuk
3 ulas bawang putih }
200 g ayam (bahagian bertulang lagi best) or can be replaced by daging lembu (tempatan lagi sedap)
2 biji telur
4 batang sawi
2 kelopak kobis
2 biji tomato
1 liter air

Cara membuat:
1. Basuh mee dengan air panas untuk membuang minyak yang menyalutnya. Siramkan dengan air paip yang mengalir. Toskan.
2. Tumiskan bawang merah dan bawang putih sampai wangi.
3. Masukkan cincangan ayam. Kacau hingga semua air ayam keluar. Masukkan air dan biarkan sehingga mendidih. Perisakan dengan garam dan gula (Kelantan mari, of course taruk gula).
4. Masukkan sawi dan kobis, biarkan sekejap. Kemudian, pecahkan telur dan kacau serta-merta untuk mengelakkan telur drp berketul. Masukkan mee dan tomato.
5. Kacau sekejap dan bolehlah dihidang. Sedap dimakan panas-panas kerana mee terus dicampur di dalam kuah tetapi sekiranya mee dicelur berasingan dengan kuah, kesedapannya kureng sket....tp itu pd tekak uMMi la...may be orang lain, lain plak rasanya...terpulang.
6. Sedap dimakan bersama dengan perahan limau nipis, kicap manis, sos cili dan serbuk lada sulah....wallla....

Source: Resepi warisan dear mother, MEK

No comments: