Assalamualaikum...after being 2 yrs I didn't catch up with dis blog, then I've decided to turn it to dis new looking blog....hope I can put some entries, at least 1N3 perweek....poor hah?
Ok, without any delay jom start with my 1st recipe to be posted here.....Moist Choc Cake....resepi ini storynye begini....18 yrs back (1992) , uMMi makan sepotong kek given by Ajue, my classmates opps no, not classmates but blockmates, ...and I still can't forget the taste of the cake till somewhere in 2000, dgn malu2 giteww uMMi mintak resepi ni daripada Ajue...ini adalah recipe drp bonda Ajue actually, so, here is the recipe....tak taula dah berapa puluh or beratus kali buat kek ni, tak jemu2...banyak gak dh try resepi lain tp last2 stick gak kt resepi yg 1 ni....
Bahan-bahan:
1 3/4 cawan gula halus
1 3/4 cawan tepung naik sendiri (I used 1 1/2 cawan)*
3/4 cawan serbuk koko (I used 1 cawan)*
1 camt (read: camca teh) soda bikarbonat*
1/2 camt garam halus
1 cawan susu sejat/segar/UHT (plg kick guna susu sejat IDEAL)
1 cawan minyak (or melted butter ~ SCS, golden churn)
1 cawan air panas
3 biji telur saiz A (or 4 biji saiz C)
1 camt esen vanilla
1 camt coklat emulco (optional)
Cara membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 180 deg C.
2. Gliskan loyang 8" dengan butter, alaskan dengan kertas then gliskan sekali lagi dengan butter. Ketepikan.
3. Semua bahan bertanda* diayak. Then, campurkan dengan bahan kering yang lain. Kacau biar semua bahan bercampur sebati.
4. Tuang semua bahan basah ikut susunan di atas. Kacau perlahan-lahan (coz adunan ini cair)dengan senduk besi (uMMi biasa guna sudu jer) sehingga semua bahan bercampur elok.
5. Tapis adunan ke dalam loyang tadi dan bakar selama 45 - 60 minit bergantung kepada oven memasing. Pintu oven hanya boleh dibuka selepas 45 minit, kalau dibuka awal kek akan jadi bantat.
6. Cucuk kek dengan lidi sate, kalau lidi tadi keluar bersih bermakna kek telah masak.
7. Keluarkan loyang dan sejukkan selama 5 minit di atas redai kek. Selepas itu, terbalikkan loyang untuk keluarkan kek...jangan sesekali biarkan kek sejuk di dalam loyang tresebut kerana ini akan menjadikan kek kita kecut...
8. Then, bolehlah dimakan tapi kek ini sedap dimakan selepas 1 atau 2 hari selepas dibakar. Barulah kelembapan mencapai tahan maksimum....
Source: Ajue
No comments:
Post a Comment