Saturday, October 16, 2010

Biskut Arab atau Crystal Ball

Continue with my N3 (hahaha...satu pagi sampai 2 N3),tapi takperlah kan since kali ni cuma nak masukkan resepi jer, biskutnya dah dibuat raya baru ni...inipun satu lagi resepi yang sedia ada dalam simpanan uMMi, diambil daripada Kak Siti, my colleague. Biskut ini pun favourite anak-anak...Kak Yong n Kak Ngah..may be bila Durrah dah besar nanti, Durrah pun suka biskut ni becoz of its colourful n crystally look.....Nak buat senang banget and the taste is also walla....melt in the mouth...kalau dah ngap sebijik, kena tutup mulut coz nak menghayati rasanya.....(macam ia-ia jer uMMi ni....)sebenarnya takut tersembur....hahaha....

Bahan-bahan:

600 g tepung gandum } diayak
1 camb tepung jagung }
100 g gula aising
200 g minyak sapi
1 camt esen vanilla
secubit garam halus
pewarna merah dan hijau
secukup gula kastor (untuk digaul dengan biskut selepas dibakar)

Cara membuat:

1. Masukkan semua bahan kecuali minyak sapi ke dalam mangkuk adunan dan digaul rata.
2. Kemudian, diuli dengan minyak sapi hingga menjadi doh yang lembut.
3. Bahagikan doh kepada 3 bahagian : merah, hijau dan asal.
4. Ambil secubit dr warna2 tersebut. Cantumkan dan bulatkan sebesar buah guli. Buat hingga habis adunan.
5. Bakar pada suhu 175 deg C, 10-15 minit.
6. Biarkan biskut sejuk sebelum digaulkan dengan gula kastor.
7. Masukkan dalam cawan kertas. uMMi suka guna papercup warna kuning, biar kontras warnanya, berseri sket.....ouchh...

Nota: Utk 2011, uMMi gandakan 2 adunan, menggunakan 1 tin (400 g) minyak sapi dan 1 kg tepung gandum. Hasilnya, tetap walla....

No comments: